MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 26, 2024

SEDEKAH IKAN SEGAR KEPADA PARA PENDAMPING AL-QURAN HARI JUMAAT

RM135 / 4.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang untuk ikan segar kepada para pendamping Al-Quran bagi menzahirkan kesyukuran atas nikmat-nya.


Harga-harga barangan yang semakin meningkat telah menjadi beban bagi pihak maahad. Oleh itu, kami ambil kesempatan ini kami membuka peluang kepada anda sekalian untuk menyumbangkan ikan segar kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Setiap sumbangan walau kecil nilainya, akan membawa sinar harapan kepada anak-anak tahfiz asnaf dan yatim di maahad kami.



Maahad tahfiz ini terdiri daripada 52 orang pelajar.Jadi, bagi menyediakan hidangan yang berkhasiat kepada para pelajar kami, kami memerlukan sebanyak 40 kilogram ikan dalam tempoh seminggu. Pemakanan yang berkhasiat ini bukan sekadar keperluan untuk jasmani, tetapi juga kunci utama kepada prestasi pembelajaran yang baik dan untuk kesejahteraan pelajar.



Sedekah makanan memiliki kelebihan yang luar biasa dalam Islam, yang tidak hanya memberikan kelegaan kepada yang memerlukan, tetapi juga mendatangkan keberkatan kepada pemberi. Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

(Riwayat Muslim)



Ulama menerangkan walaupun nampak berlaku kekurangan dalam harta dengan bersedekah namun pada hakikatnya harta tidak sedikitpun berkurangan dengan bersedekah. Bahkan gantiannya yang terbaik pasti akan didapati di akhirat dan di dunia pun kebanyakan gantian kepada sedekah akan didapati juga sepertimana firman-Nya:


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki""

(Surah Saba’: 39)



Ayuh kita sama-sama hulurkan sumbangan dalam kempen infaq ikan segar ini bermula RM10 untuk anak tahfiz yatim dan asnaf.Semoga setiap sen yang dihulur akan memberi sinar kegembiraan buat pelajar-pelajar kami yang menuntut ilmu agama seterusnya menjadi saham buat bekalan untuk kehidupan akhirat kita kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat