MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 23, 2023

SEDEKAH JUMAAT BEKALAN AIR BERSIH UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF

RM680 / 2.72 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU GOLONGAN PENCINTA AL-QURAN INI DENGAN SEDEKAH UNTUK PEMBINAAN BEKALAN AIR BERSIH BAGI KEMUDAHAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH. JADIKAN HARTA DUNIA SAHAM UNTUK AKHIRAT KELAK.


Air dianggap sebagai salah satu nikmat dari Allah SWT. Dalam Al-Qur'an, Allah SWT berfirman, "Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu keturunan, dan keturunan itu Dia jadikan hubungan nasab dan perkawinan." (QS. Al-Furqan 25: 54). Sebagai bentuk syukur kepada Allah atas nikmat air, umat Muslim dianjurkan untuk memelihara dan menjaga sumber air dengan bijak.



Pihak maahad masih lagi kekurangan dana untuk pemasangan bekalan air bersih SADA ke bangunan maahad. Anggaran kos pemasangan ialah RM49,000 dan pihak maahad masih lagi menjalankan kempen sumbangan daripada orang ramai untuk merealisasikan impian hadirkan bekalan air bersih bagi kemudahan pelajar tahfiz dari kalangan anak-anak golongan asnaf dan yatim yang mempunyai impian yang mulia untuk belajar Al-Quran di maahad ini.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka kempen untuk para dermawan bersedekah untuk hadirkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian anak-anak tahfiz serta warga maahad bermula RM10 sahaja. Seperti yang para muslimin dan muslimat maklum, air bersih adalah sumber kehidupan yang penting bagi manusia. Para pelajar memerlukan air bersih untuk minum, memasak dan menjaga kebersihan diri. Air bersih yang selamat dan bebas daripada kuman dan virus dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit yang berbahaya.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penderma yang menyertai kempen sumbangan ini. Insya-Allah setiap sumbangan yang anda dermakan untuk proses pembinaan bekalan air bersih ini akan menjadi amal jariah berganda. Kami mendoakan semoga para penderma sentiasa dikurniakan rezeki yang halal lagi diberkati, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan serta Allah berikan rezeki yang berkat seperti mengalirnya air zam zam.



Diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dari Sa’id bin Ubadah sendiri : Ia berkata: Wahai Rasulullah , ibuku telah meninggal, maka sedekah apakah yang lebih baik? Sabdanya : “Air.” Lalu dia menggali sebuah telaga dan katanya : “ Telaga ini adalah untuk Ibu Sa’id .” (HR Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 24, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat