MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 19, 2023

SEDEKAH SUBUH AWAL MUHARRAM UNTUK SUMBANGAN MAKANAN KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ

RM230 / 7.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

GANDAKAN AMAL SOLEH DI BULAN MUHARRAM DENGAN MEMBERI SEDEKAH KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NURUL HIDAYAH.


Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH SWT adalah sebanyak 12 bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.”

(Surah al-Taubah, ayat 36)



Pihak maahad mengajak orang ramai untuk memperbanyakkan amalan soleh di bulan muharram ini dengan memberi sumbangan kepada anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini. Demikian itu, pihak maahad telah membuka kempen sumbangan barang basah seperti ikan, ayam dan lain-lain untuk membantu keperluan makanan harian anak-anak tahfiz di sini.



Pihak maahad mengalami kekangan wang kerana harga barang basah sangat mahal ketika ini. Dalam tempoh sehari sebanyak 13 kg ikan atau 13 ekor ayam diperlukan untuk menyediakan hidangan kepada 70 orang anak-anak hafiz di maahad ini. Pihak maahad berharap tuan/puan dapat sama-sama membantu meringankan beban pihak maahad pada ketika ini untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para pelajar.


Seperti yang kita sedia maklum makanan yang berkhasiat sangat penting untuk memastikan tubuh badan kekal sihat supaya para pelajar dapat membaca dan menghafal Al-Quran dengan baik dan lancar. Sangat tinggi ganjaran orang yang memberi sedekah makanan kepada para huffaz ini kerana merekalah generasi yang akan jadi pemimpin yang berkualiti dan berteraskan nilai islam pada masa hadapan.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan yang berkongsi sedikit kebahagiaan buat anak-anak tahfiz ini. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang berlipat ganda dan semoga apa yang diinfakkan dapat dijadikan amal kebaikan untuk dibawa pulang bertemu Allah SWT kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat