MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 07, 2023

SUMBANGAN LOKER ASRAMA UNTUK PELAJAR TAHFIZ MISKIN

RM1,190 / 19.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

HADIRKAN SENYUMAN DALAM KEHIDUPAN PELAJAR TAHFIZ MISKIN DI MAAHAD KAMI DENGAN SUMBANGAN LOKER ASRAMA YANG TERBAIK BUAT MEREKA. SEMOGA SUMBANGAN KALIAN DIRAHMATI ALLAH SWT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan ikhlas daripada muslimin dan muslimat bagi menyediakan loker asrama kepada pelajar kami. Sehingga ke saat ini kami masih mencari sumbangan orang ramai yang ingin menabung pahala akhirat untuk hadirkan loker yang terbaik buat para pencinta Al-Quran ini. Pihak maahad memerlukan 20 unit loker asrama jenis besi untuk kemudahan pelajar menyimpan barangan peribadi dan kelengkapan mereka.



Oleh itu, mari kongsikan kebaikan dengan memberikan sumbangan loker asrama kepada anak-anak tahfiz di maahad kami. Sumbangan yang terkumpul akan dimanfaatkan untuk memberikan kemudahan dan kenyamanan buat para pelajar menyusun atur barang-barang mereka di asrama dengan rapi agar mereka dapat fokus pada pengajian dan hafalan mereka.



Sehingga kini pihak maahad masih belum mempunyai dana yang mencukupi bagi menyediakan loker buat para pelajar kami kerana kekurangan dari sudut kewangan. Di bawah kami sertakan gambar-gambar yang menunjukkan para pelajar kami masih menggunakan beg dan bagasi sebagai alternatif untuk menyimpan perlengkapan mereka di asrama.




Akhir kata, dengan adanya sokongan dan sumbangan daripada para dermawan dapat memastikan bahawa anak-anak tahfiz ini memiliki fasiliti yang memadai untuk menyimpan perlengkapan mereka. Hal ini akan meningkatkan kenyamanan, keamanan, dan kedisiplinan mereka dalam menjalani kehidupan sehari-hari di asrama. Semoga berkat bantuan kalian dapat memberikan mereka lingkungan yang lebih baik dan membangun masa depan yang lebih cerah. InsyaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

MUHAMMAD AIDY BIN SULONG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat