Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU
Dimulakan pada Jul 20, 2022
RM5,807 / 19.36 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
256 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1991 dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Sistem Pendidikan di SRI Aman Kota Bharu menekankan pendidikan agama yang bersifat holistik dalam membentuk jati diri pelajar bagi menghadapi cabaran hidup semasa.
Pendidikan di SRI Aman menggunakan konsep tauhid merentasi kurikulum dalam membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Alhamdulillah setelah lebih 30 tahun beroperasi, pihak sekolah berhasrat untuk membeli tanah tapak premis sekolah sekarang ini dan seterusnya membangunkan bangunan baru untuk SRI Aman Kota Bharu.
Sehubungan itu, satu projek tabung telah dilancarkan dengan sasaran kutipan sebanyak RM6 juta dengan proses pembangunan melibatkan 2 fasa iaitu fasa pembelian tanah dan pembinaan bangunan baru. Kami menyeru tuan/puan untuk bersama-sama mengambil peluang ini bagi menyumbang melalui pembelian lot tanah yang bernilai RM100 untuk 1 lot atas nama ibu bapa dan ahli keluarga tersayang yang telah meninggalkan kita.
Inilah hadiah yang sangat berharga bagi mereka, sehingga Allah menyatakan, orang-orang yang telah meninggal dunia memohon untuk hidup kembali semata-mata untuk bersedekah. Namun kesempatan itu tidak ada lagi bagi mereka. Jadi tuan/puan lah yang boleh melakukannya untuk mereka. Allahummarzukna aamiin. Amal soleh yang dilakukan oleh orang yang masih hidup dan diniatkan juga pahalanya kepada orang yang sudah sudah mati, InsyaAllah diterima oleh Allah SWT.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Ertinya: “Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022