MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 20, 2023

BUMBUNG SURAU MAAHAD TAHFIZ PERLU SEGERA DIBAIK PULIH

RM245 / 4.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH SEGERA MENYUMBANG UNTUK KERJA BAIK PULIH BUMBUNG SURAU YANG SELALU MENGALAMI KEBOCORAN KETIKA HUJAN DI MAAHAD KAMI. BANTU ANAK-ANAK TAHFIZ INI BELAJAR DALAM KEADAAN TENANG DAN NYAMAN.


Dengan penuh harapan, Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon bantuan sumbangan untuk kerja baik pulih bumbung surau maahad tahfiz kami yang mengalami kebocoran saat hujan. Kebocoran ini telah mengganggu kelancaran sesi pengajian dan kesempurnaan solat para pelajar tahfiz di dalam surau kami.



Para pelajar banyak menghabiskan masa mereka di dalam surau maahad. Hal ini kerana di surau inilah tempat mereka menunaikan solat dan juga kelas untuk mereka menuntut ilmu. Bumbung surau yang rosak menyebabkan kebocoran ketika hujan telah menimbulkan kesan negatif pada kegiatan ibadah dan pendidikan agama para pelajar di maahad. Kesemua bumbung surau ini perlu ditukar kerana keadaannya yang sudah uzur dan rosak serta sering berlaku kebocoran ketika hujan. Kos untuk membaik pulih dan menukar kesemua atap termasuk upah adalah RM6,000.



Sehubungan itu, ayuh bantu menjadikan surau di maahad ini menjadi tempat yang aman, khusyuk, dan mendatangkan ketenangan hati dalam beribadah. Sumbangan para dermawan amat diperlukan untuk memperbaiki keadaan dan mengatasi masalah kebocoran yang telah mengganggu proses belajar dan ibadah di maahad selama ini.




Dengan berinfaq untuk baik pulih bumbung surau ini kalian juga secara tidak langsung terlibat dalam membangun dan memperkuat pendidikan agama serta menyokong para pelajar tahfiz dalam penghafalan Al-Quran. Setiap sumbangan kalian mulai serendah RM10 akan menjadi bahagian penting dalam mencapai tujuan mulia ini. Pihak maahad mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kebaikan para penyumbang. Semoga Allah SWT membalas setiap langkah kebaikan dan beroleh keberkatan dan kemudahan dalam segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

ILLI NADIA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat