Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU
Dimulakan pada Apr 25, 2022
RM2,994 / 99.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
77 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Untuk pengetahuan Tuan Puan, Sekolah Rendah Islam atau singkatannya SRI Aman Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1991 dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang.
Apa yang menariknya, pendidikan di SRI Aman menggunakan konsep tauhid merentasi kurikulum dalam membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian Blok sekolah kami telah berusia lebih 30 tahun dan agak usang keadaannya dan sering kali memerlukan baik pulih disebabkan kerosakan yang sering dialami.
ANDA bayangkan wajah anak-anak SRI Aman yang dapat menjalani pendidikan di tempat yang lebih selesa?
Dan ANDA bayangkan berapa banyak pahala jariah yang mengalir kepada kita melalui penghasilan generasi yang dididik oleh sistem pendidikan Islam?
Mari bersama kami membangunkan infrastruktur yang lebih baik untuk masa depan generasi akan datang. Semoga ianya menjadi pelaburan saham akhirat yang diterima oleh Allah SWT.
Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:
ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه
Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 27, 2022