MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 17, 2024

TABUNG INFAQ DAGING SEGAR UNTUK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM35 / 1.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

10 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA MENANAM BENIH PAHALA SELAGI PELUANG UNTUK BERINFAQ KEPADA ANAK-ANAK SYURGA INI MASIH ADA


Assalamualaikum w.b.t. muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Di atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT, kami ingin mengajak muslimin dan muslimat yang bermurah hati berkongsi rezeki bersama dengan anak-anak di maahad tahfiz kami di sini. Bermula serendah RM10, bersama-samalah kita membantu dalam infaq pembelian daging segar supaya pelajar-pelajar ini mendapat tenaga yang mencukupi semasa pengajian mereka dan membantu ketumbuhan badan yang sihat.



Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kebanyakan pelajar-pelajar adalah daripada anak-anak yatim dan gologan yang kurang berkemampuan. Oleh hal yang demikian, pihak maahad melancarkan kempen untuk mendapat bekalan daging segar yang mencukupi. Pihak maahad mengalu-alukan sumbangan muslimin dan muslimat samaada kecil ataupun besar . Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda buat para penginfaq.



"Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 261)



Akhir kata, marilah sama-sama membantu anak-anak tahfiz yang serba kekurangan. Semoga infaq kalian menjadi pahala yang terbaik di sisi Allah SWT dan akan mendapat rahmat yang melimpah buat tuan-tuan dan puan-puan yang sudi bernifaq di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 19, 2024

GAN THIAM SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2024