MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 09, 2024

RAYUAN MEMPERBAIKI MESIN PENAPIS AIR

RM80 / 2.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH KITA MEREBUT PELUANG UNTUK MENGGANDAKAN SAHAM AKHIRAT SEBAGAI BEKALAN MENGHADAPI HARI HISAB KELAK.


Assalamualaikum wbt kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Peningkatan suhu di Malaysia belum memberi petanda akan menurun. Kekurangan air bersih di dalam badan kita akan menyebabkan badan mudah mengalami terhidrasi. Oleh itu, warga maahad ingin memohon jasa baik muslimin dan muslimat untuk menyumbang sedikit sebanyak untuk membantu kami menyediakan dana bagi melakukan servis mesin penapis air yang terdapat di maahad kami.



Berkat daripada sumbangan muslimin dan muslimat dapatlah kami membaiki mesin penapis air di maahad kami bagi memastikan anak-anak pelajar di maahad kami sentiasa mendapat bekalan air bersih yang sebaiknya. Seperti yang kita tahu sebagai seorang pelajar tahfiz yang banyak menggunakan suara untuk penghafalan ayat-ayat Al-Quran amatlah memerlukan banyak air minuman yang bersih untuk mendapatkan kualiti hafalan yang baik.



Oleh itu, kami pihak maahad tahfiz amatlah berbesar hati atas segala sumbangan yang diberikan oleh muslimin dan muslimat. Dalam sebuah hadits dari Sa’ad bin ‘Ubadah radhiallahu’anhu, ia berkata;


يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ النبي صلى الله عليه وسلم نَعَمْ قُلْتُ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ سَقْيُ الْمَاءِ


“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau?”. Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam menjawab: “Boleh”. Sa’ad bertanya lagi: “Sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab: “Sedekah berupa air minum”

(HR. An Nasa’i no.3666, dihasankan Al Albani dalam Shahih An Nasa’i)



Akhir kalam, semoga segala bantuan yang telah diberikan oleh muslimin dan muslimat dikurniakan pahala yang tidak terputus oleh Allah. Insya-Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat