MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 16, 2024

TELUR PROTEIN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF MENUNTUT ILMU

RM185 / 6.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh, marilah kita sama-sama berinfaq ke jalan Allah dengan menyumbang dana membeli telur RM10 untuk anak-anak syurga ini.


Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak penderma untuk sama-sama berjihad dan berinfaq membantu pihak mahaad tahfiz menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi kepada anak-anak yatim dan asnaf di sini. Kami mahu mereka mendapat bekalan tenaga kekuatan fizikal dan mental untuk menghafal Al-Quran.


Untuk makluman semua, pelajar-pelajar di sini seramai 75 orang kebanyakannya terdiri daripada anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan. Mereka juga seperti anak-anak yang lain yang kurang berkemampuan, tetapi mereka berhasrat dan bercita-cita menjadi hafiz Al-Quran dengan mengamalkannya dan menyebarkannya.



Telur adalah makanan serbaguna yang boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk memenuhi selera dan keperluan makanan pelajar tahfiz. Ia merupakan pilihan makanan yang praktikal dan berkesan untuk menyediakan hidangan berkhasiat dalam waktu yang singkat terutama sekarang ini dengan kenaikan harga barangan runcit akibat cabaran ekonomi semasa. 



Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq RM10 bagi tujuan berikut untuk mendapatkan dana membeli telur sebagai lauk untuk anak-anak yatim dan asnaf di sini. Sehubungan itu, pihak maahad mengajak saudara-saudari untuk menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan telur mingguan terhadap 75 orang anak-anak yatim dan asnaf kami di sini.



أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى


"(Sebaik-baik sedekah ialah) engkau bersedekah ketika engkau sihat dan kedekut, sedang engkau takut akan kemiskinan dan mengharapkan kekayaan.” (HR al-Bukhari)



Semoga anak-anak ini dapat berjuang menjadi golongan agamawan yang dapat berkhidmat untuk membantu agama Allah dengan bekalan ilmu agama yang mencukupi. Kami juga berharap mereka dapat berjihad membantu anak-anak bangsa yang kurang berkemampuan seperti mereka menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Kempen Sumbangan Tamat