MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 25, 2023

SEDEKAH SUBUH BAGI MEWUJUDKAN BEKALAN AIR BERSIH DI MAAHAD TAHFIZ

RM415 / 1.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM23,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SEDEKAH SUBUH BERTERUSAN BAGI MEMBANTU UNTUK MEWUJUDKAN BEKALAN AIR BERSIH DI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH.


Pihak maahad dengan rendah diri mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menyumbang bagi mewujudkan bekalan air bersih di maahad kami. Situasi bekalan air di kawasan kami saat ini menjadi perhatian yang serius kerana kuantiti air yang tidak mencukupi untuk kegunaan harian. Pihak maahad amat memerlukan bantuan untuk mendapatkan bekalan air bersih yang lebih baik dan selamat. Bantuan ini melibatkan pemasangan paip air oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA). Dengan mendapat akses air bersih yang lebih baik, ini akan membantu pelajar dan kakitangan dari segi kebersihan, kesihatan dan keselesaan mereka.



Kepentingan mendapat air bersih adalah penting untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang sihat dan selamat, serta mengurangkan risiko penyakit berjangkit bawaan air. Ini membantu meningkatkan kualiti pendidikan. Selain itu, air bersih yang mencukupi adalah penting dalam menghadapi krisis atau bencana seperti kekeringan, banjir atau pencemaran air. Seterusnya, dengan adanya air bersih yang mencukupi dapat membantu pelajar bersuci, berwudhu serta makan minum dari sumber air yang bersih dan selamat. Ini akan memberikan keselesaan dan meningkat kualiti hidup secara keseluruhan bagi pelajar dan kakitangan maahad.



إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ


“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sumbangan para dermawan dalam membantu mengatasi masalah bekalan air yang kami hadapi dan membawa perubahan yang positif kepada maahad kami ini. Semoga apa yang diinfakkan dapat dijadikan amal kebaikan untuk dibawa pulang bertemu Allah SWT kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat