Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,140 / 16.29 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
45 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya nikmat kesihatan khususnya dikala usia emas adalah nikmat yang ternilai harganya. Bersyukurlah bagi mereka yang telah mencapai lingkungan usia emas namun dikurniakan kesihatan yang baik. Kehidupan lebih bermakna apabila diketika usia emas, badan masih sihat dan dikurniakan pula rezeki yang tidak putus-putus.
Namun, program ziarah skuad kami baru-baru ini di beberapa kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan menemui beberapa warga emas yang terlantar sakit yang mana mereka ini adalah golongan miskin/asnaf. Majoriti mereka ini adalah ibu tunggal atau bapa tunggal yang tidak lagi mempunyai pasangan. Walaupun mereka mempunyai anak-anak, tetapi anak-anak mereka juga adalah golongan yang kurang berkemampuan.
Sesiapa yang melihat keadaan mereka ini, sudah pasti akan tersentuh hati dan atas rasa simpati terhadap golongan warga emas asnaf yang terlantar sakit ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan termasuk keperluan-keperluan lain seperti pakaian yang sesuai untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang warga emas asnaf yang berada di sekitar Selangor termasuk Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan warga emas asnaf yang terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulur ini sekurang-kurangnya mampu meringankan beban yang sedang ditanggung bukan sahaja oleh pesakit namun oleh ahli keluarga atau anak mereka.
(HR Muslim)
Dari Sayyidina Abu Darda', iaitu 'Uwaimir Radhiyallahu 'Anhu berkata: "Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu."
(HR Abu Daud)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 16, 2022