YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 12, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK ANAK YATIM DALAM KESUSAHAN

RM615 / 10.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

25 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyantuni anak-anak yatim yang memerlukan bantuan dengan menghulurkan sumbangan. Jom kita bantu mereka!


Sesungguhnya bukan mudah untuk anak-anak yatim menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan ibu atau ayah. Walaupun sebahagian mereka ada yang memiliki harta sepeninggalan ibu bapa mereka, namun yang pasti, kasih sayang ibu bapa tidak lagi mereka miliki. Manakala bagi anak yatim yang miskin dan susah, sudah pastilah keperitan hidup mereka adalah berganda. Maka sebab itulah, Rasulullah SAW menganjurkan yang maksudnya:


"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Riwayat Ahmad)



Oleh itu, atas dasar menginsafi peritnya kehidupan anak-anak yatim ini maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat untuk minggu ini terpanggil untuk kita bersama membantu anak-anak yatim miskin yang amat memerlukan bantuan dari kita dengan menghulurkan sumbangan keperluan asas harian untuk mereka agar keperluan hidup mereka sentiasa mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian.



Oleh itu, pihak yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, bihun, minyak masak dan sebagainya termasuk bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada anak-anak yatim yang berada di rumah-rumah jagaan anak yatim milik persendirian mahupun yang tinggal bersama keluarga/ saudara-mara di Selangor dan Lembah Klang termasuk di kawasan-kawasan lain sekiranya perlu. Dianggarkan jumlah anak yatim yang akan menerima sumbangan ini berjumlah 100 orang.



Oleh itu, pihak kami berharap agar tuan puan dapat bersama-sama menjayakan program bantuan ini demi melihat anak-anak yatim piatu dapat terus dibantu bagi menjalani kehidupan seharian mereka dengan sempurna. Semoga sumbangan yang dihulur akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW juga ada bersabda: “Demi Allah yang telah mengutusku dengan haq. Allah tidak akan mengazab pada hari kiamat orang yang mengasihi anak yatim, dan lemah lembut pada anak yatim dalam bicaranya, dan mengasihi orang itu pada kemalangan dan kesusahan yatim itu, dan ia tidak sombong terhadap jirannya karena sebab kelebihan yang diberikan Allah padanya.” (HR. Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jul 18, 2023

RODZIAH ASERI FAIZ MASHOOD AZLAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat