YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 10, 2023

INFAQ JUMAAT SEDEKAH MAKAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM TAHFIZ

RM470 / 7.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Jumaat untuk anak-anak yatim tahfiz dengan menjamu mereka makan. Jom kita jamu mereka!


Dalam meniti kehidupan seharian, betapa indahnya kita yang masih memiliki ibu bapa sebagai tempat untuk menumpang kasih. Majoriti kita sudah pasti tidak pernah merasai betapa sedihnya menjadi anak yatim iaitu kehidupan tanpa belaian kasih sayang dari ibu atau bapa. Tatkala orang lain menikmati belaian kasih sayang dari insan yang bergelar ibu atau bapa, anak-anak yatim tidak memperoleh itu semua bahkan ramai di antara mereka yang terpaksa hidup dan membesar bersama rakan-rakan di pusat-pusat tahfiz atau pusat jagaan akibat kemiskinan.



Ziarah kami ke beberapa pusat tahfiz di negeri Selangor dan Johor baru-baru ini telah menemui anak-anak yatim tahfiz sedang tekun mempelajari dan menghafal Al-Quran. Mereka tinggal bersama rakan-rakan dengan dibimbing oleh tanaga pengaja / ustaz yang dibiayai dengan hasil sumbangan orang ramai. Sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan demi meneruskan kehidupan.



Sebagai usaha untuk menyantuni mereka, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menganjurkan program beri makan percuma untuk anak-anak yatim tahfiz. Program jamu makan ini merupakan program rutin pihak kami iaitu dengan menyediakan makanan berupa nasi berlauk, air minum dan buah-buahan berserta sedikit pemberian duit poket. Program ini akan dikhususkan untuk anak-anak yatim tahfiz yang berada di beberapa pusat tahfiz atau madrasah tahfiz persendirian di sekitar Negeri Selangor dan Johor melibatkan anggaran 150 orang pelajar.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha kita untuk membantu anak-anak yatim tahfiz agar mereka dapat meneruskan kehidupan sebagai pelajar dan penghafaz Al-Quran dengan sempurna. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Tirmidzi dari Ibnu Abbas)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Al-Baqarah: 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

ANIZA BINTI ABU SAMAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat