Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,970 / 3.94 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
112 Penyumbang
312 Baki Hari
Kematian adalah perkara yang disebut sebagai suatu yang pasti untuk semua makhluk di dunia ini, tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin.
Namun, dengan hidup dikelilingi insan tersayang, pastinya tidak pernah terlintas di benak kita tentang keberadaan mereka semua pada ketika nyawa kita di hujung tanduk. Betapa besarnya erti hidup berkeluarga dan memiliki orang-orang tersayang bersama.
Walau bagaimanapun, apa pula nasib mereka yang terbiar? Lebih-lebih lagi yang terpaksa hidup sendirian di usia senja, bukan hanya kerana tidak diendahkan keluarga, tapi mungkin sahaja kerana terbiasa hidup sebatang kara.
Sering kali pada zaman kini, kita terbaca di dada-dada akhbar tentang mereka yang meninggal sendirian di rumah tanpa pengetahuan sesiapa, dan yang lebih dahsyat apabila jiran tetangga juga tidak bertanya.
Tambahan apabila khairat kematian juga tiada, urusan jenazah golongan ini sentiasa menjadi isu oleh kerana masjid hanya menguruskan jenazah ahli khairat atau paling tidak ahli khariah. Sebagaimana kita tahu bahawa pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah, maka dengan ketiadaan tabungan untuk kematian mereka menjadikan segalanya sulit.
Berikut merupakan beberapa golongan terabai yang tidak diuruskan jenazahnya oleh masjid/surau:
1. Asnaf
2. Musafir
3. Ahli keluarga terdekat
4. Warga emas/OKU yang tidak berkesempatan/terlupa membayar yuran khairat kematian
Justeru, kami wujudkan Tabung Pengurusan Jenazah YAMM untuk membantu golongan-golongan ini bagi pengurusan jenazah mereka secara percuma di seluruh Malaysia dan insya-Allah, Lembah Klang akan dijadikan kawasan permulaan kerja amal ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2024