YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Nov 09, 2022

SUMBANGAN PRIHATIN UNTUK WARGA EMAS IBU TUNGGAL ASNAF

RM460 / 6.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

31 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan keperluan dan makanan asas harian untuk golongan asnaf warga emas berstatus ibu tunggal. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya putaran kehidupan insan sentiasa berubah. Setiap manusia sekiranya diberi umur yang panjang oleh Allah SWT pasti akan melalui fasa keseorangan atau kesepian apabila pasangan yang bersama kita telah tiada. Sepertimana hadis dari Sahl bin Sa’ad RA, berkata: Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata:


“Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya”. (HR. Thabrani)


Kesepian dan kesunyian itu akan bertambah parah sekiranya seseorang itu adalah golongan asnaf yang kekurangan harta dalam meneruskan kehidupan.



Pertemuan skuad kami dengan beberapa warga emas asnaf yang berstatus ibu tunggal di sebuah daerah di Selangor baru-baru ini amat menyedihkan apabila mereka ini hidup dengan serba-serbi kekurangan namun bersyukur dapat meneruskan kehidupan ala kadar dengan adanya bantuan jiran-jiran dan saudara mara terdekat. Mereka ini tidak lagi mampu berkerja untuk menyara kehidupan dan sebahagiannya tidak mempunyai keluarga.



Menyelami akan kesusahan yang mereka hadapi, pihak Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan keperluan asas harian berupa makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan duit belanja sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang warga emas asnaf berstatus ibu tunggal yang tinggal di sekitar Selangor dan Lembah Klang. 



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan asnaf warga emas ibu tunggal ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik di hujung usia. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda (ibu tunggal) dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya" (HR. Bukhari)



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2022

HAMBA ALLAH RZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 13, 2022

Kempen Sumbangan Tamat