Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR
Dimulakan pada Jun 02, 2021
RM54,838 / 54.84 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
2455 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rumah Bakti Al-Kausar bertempat di Bangi, Selangor ditubuhkan oleh sekumpulan aktivis masyarakat pada tahun 2011. Penghuni disini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan asnaf. Malah ada di antara mereka dihantar sendiri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah terkini adalah seramai 26 orang.
Penghuni Rumah Bakti Al-Kausar yang terdiri dari golongan tidak berkemampuan dan anak yatim.
“Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”
(Riwayat al-Tirmizi,1918)
Untuk mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin. Rumah Bakti Al-Kausar juga bersedia untuk menanggung mereka di dalam urusan pendidikan, menyediakan penginapan, makan minum yang lengkap dan tidak lupa pada kasih sayang. Tidak terlepas juga menyempurnakan mereka dengan pendidikan agama yang lengkap dan mengajar kemahiran berdikari.
Pada 2023 pasti akan lebih mencabar buat rumah ini, kos dana operasi yang semakin meningkat memberi tekanan kepada Rumah Bakti Al-Kausar untuk menampung 26 penghuni. Kos operasi pada tahun 2023 dianggarkan sebanyak RM50,000 sebulan adalah jumlah yang besar buat kami, malah pada tahun 2023, dianggarkan kos akan meningkat, pasti akan memberi tekanan Rumah Bakti Al-Kausar untuk terus beroperasi.
Ekoran itu, kenderaan pengangkutan anak-anak ini juga tergendala kerana pengangkutan sedia ada telah rosak. Kami juga memerlukan bantuan anda semua untuk bantu kami membeli 2 buah van. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيهِ يَتِيمٌ يُحْسَنُ إِلَيْهِ، وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِينَ بَيْتٌ فِيهِ يَتِيمٌ يُسَاءُ إِلَيْهِ
Maksudnya: “Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut)”.
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 03-875 0061 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat No.17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan,43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 08, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 07, 2021
M. KHAIRI HAMZAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 07, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 07, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM1,500.00
Jun 07, 2021