SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU

Aktif sejak Apr 04, 2021

Tentang Penganjur
Sekolah Rendah Islam Aman (1991) telah ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran agama di negeri Kelantan. Tanah Serambi Mekah yang menghasilkan ratusan ulama yang berwibawa. Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Islam Aman menekankan pendidikan agama sesuai dengan keperluan semasa.Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

4201-S, Lorong Merican, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan , 15150, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
tpsakb@gmail.com
+60147038762
+6097413555

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ku pohon makbulkan lah hajat2 kami, dan redhai lah kami, amin amin amin ya rabbalamin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aamiin.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah…, sembuhkan lah segala kesakitan kedua2 emak dan abahku.. permudahknlah segala urusan ibadah dan seharian mereka. Juga berkatilah anakku Imran Haqeem & Czar Ihsaan dlm mereka menuntut ilmu serta kurniakanlah kejayaan dunia & akhirat utk mereka. Aamiin ya rabbal ‘alamiin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Razak; Ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibubapa, kaum keluarga serta muslimin dan muslimat. Landaskan aku jalan lurus yang Engkau redai. Rezekikan aku sentiasa dapat memperbaiki imanku, akhlakku agar sentiasa menjadi hambaMu yang bertakwa, beramal soleh yang senantiasa dirindui oleh syurgaMu. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

2 tahun yang lepas

Ya Allah , ampunila dosa ku , ahli keluarga dan sahabat2 ku. Mohon disembuhkan dari segala penyakit, diberikan ketenangan , bahagia dan sentiasa mengingatiMu.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NIK NORFARIZA BINTI SUYUTI

2 tahun yang lepas

Semoga pahala infaq ini mengalir ke atas arwah ayah, suyuti bin talib, suami, anak2, ibu, termidah madiris dan diri sendiri. Doakan kami diberikan hidayah dan keberkatan hidup dr segi rezeki, kesihatan dan sentiasa berada dlm keluarga yg sakinah dan mempunyai silaturahim yg utuh. Doakan kami bersama2 di syurgaMu kelak..amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: