Sekolah Rendah Islam Aman (1991) telah ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran agama di negeri Kelantan. Tanah Serambi Mekah yang menghasilkan ratusan ulama yang berwibawa. Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Islam Aman menekankan pendidikan agama sesuai dengan keperluan semasa.Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.